Pemilihan Agong: Serahkan kepada Majlis Raja-Raja

Ahmad Faizal Azumu
Ahmad Faizal Azumu
A
A
A

IPOH - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menggesa pihak yang berkenaan berhenti mempertikaikan isu pemilihan Yang di-Pertuan Agong yang baharu dan menyerahkan isu tersebut kepada Majlis Raja-Raja untuk membuat keputusan.

Katanya hak dan kuasa memilih ketua negara yang baharu terletak bawah bidang kuasa Majlis Raja-Raja mengikut kaedah dan ketetapan yang telah ditetapkan.

"Oleh itu, semua pihak perlu mempertahankan institusi diraja daripada terus digugat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan Layang-layang Flying Academy di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, di sini hari ini.

Ahmad Faizal diminta mengulas kenyataan sebuah portal berita yang mempertikaikan kredibiliti Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berhubung isu pelantikan Yang di-Pertuan Agong selepas Sultan Muhammad V meletak jawatan berkuat kuasa semalam.

Mengulas lanjut, Ahmad Faizal berkata Sultan Nazrin Shah merupakan seorang raja yang berjiwa rakyat serta sering menitikberatkan kepentingan rakyat.

"Sultan Nazrin sering memberi nasihat yang baik-baik kepada kerajaan dan hubungan kerjasama di antara kerajaan negeri dengan institusi diraja amat baik sekali," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: