'Syed Saddiq punca defisit kepercayaan pilih anak muda jadi pemimpin'

Muhammad Mirza ketika membahaskan ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Muhammad Mirza ketika membahaskan ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perwakilan mahasiswa UMNO, Muhammad Mirza Adnan melabelkan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebagai produk pemimpin anak muda yang gagal.

Pelajar jurusan Undang-Undang Universiti Malaya itu juga menyifatkan Syed Saddiq sebagai punca terjejas kepercayaan terhadap anak muda untuk diangkat sebagai pemimpin.

"Kita harus ambil iktibar daripada parti sebelah sana yang hari ini menaikkan anak muda yang bukan lahir daripada jiwa kental medan politik, diangkat menjadi menteri yang akhirnya menjadi produk gagal anak muda," katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Perhimpunan Agung UMNO 2019 di sini hari ini.

Muhammad Mirza berkata, Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu adalah contoh anak muda yang tidak bersedia tetapi diberi peluang oleh parti.

"Peluang itu akhirnya hanya menjadi satu bahan jenaka kepada rakyat.

"Lebih buruk dari itu, beliau juga menjadi punca defisit kepercayaan anak-anak muda untuk menjadi pemimpin hari ini.

Justeru, Muhammad Mirza mengingatkan golongan muda pelapis UMNO mempersiapkan diri sebagai pemimpin masa depan bukannya hanya melobi.

"Sebab itulah kita sebagai anak muda tidak perlu melobi. Apa yang perlu kita lakukan adalah persiapkan diri kita, buktikan pada parti ini kitalah calon terlayak yang parti tawarkan kepada rakyat," katanya.

Artikel Berkaitan: