Mahmoud Abbas bantah bina hospital medan AS di Gaza

Dibiayai badan bukan kerajaan Amerika iaitu Friend Ships, hospital itu dirancang dibuka di utara Gaza berhampiran sempadan Israel.
Dibiayai badan bukan kerajaan Amerika iaitu Friend Ships, hospital itu dirancang dibuka di utara Gaza berhampiran sempadan Israel.
A
A
A

RAMALLAH, - Presiden Palestin, Mahmoud Abbas semalam berkata, beliau tidak akan membenarkan sebuah hospital medan Amerika Syarikat (AS) dibuka di Semenanjung Gaza, lapor agensi berita Turki Anadolu.

“Langkah sedemikian menunjukkan bahawa Perjanjian Abad ini sedang direalisasi seksyen demi seksyen,” katanya pada satu mesyuarat Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) di sini.

Perjanjian Abad Ini adalah pelan Presiden Donald Trump untuk mencapai perdamaian antara Palestin dan Israel.

Dibiayai badan bukan kerajaan Amerika iaitu Friend Ships, hospital itu dirancang dibuka di utara Gaza berhampiran sempadan Israel.

Israel telah mengenakan sekatan ke atas Semenanjung Gaza pada 2007 selepas kumpulan Hamas Palestin menguasai kawasan tersebut daripada pesaingnya, Fatah yang telah melumpuhkan serta menjejaskan kehidupan di enklaf pesisir itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: