Tiada kekecohan libat peniaga Uptown Danau Kota

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menafikan berlaku kekecohan melibatkan peniaga di Uptown Danau Kota seperti yang tersebar di laman sosial baru-baru ini.

Sebaliknya kejadian yang dikatakan kecoh itu berpunca daripada segelintir peniaga yang menyuarakan rasa tidak puas hati mereka berhubung pemindahan.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi satu kenyataan memaklumkan, Uptown Danau Kota kini dalam proses pemindahan ke tapak baharu yang dikenali sebagai Bazaria Wangsa Maju yang terletak di kawasan berhampiran.

"Usaha pemindahan ini telah membabitkan masa yang agak panjang dengan pelbagai proses rundingan telah dilaksanakan di antara DBKL dengan peniaga.

"Usaha terkini telah menampakkan perkembangan positif apabila seramai 500 penjaja yang terlibat telah menyatakan persetujuan dan kesediaan untuk beroperasi di tapak baharu," kata kenyataan itu.

Artikel Berkaitan: