PAFA bincang syarat pelepasan kontrak

Ahmad Faizal melakukan acara merenjis salah sebuah pesawat ringan sebagai simbolik perasmian Akademi Penerbangan Layang-Layang.
Ahmad Faizal melakukan acara merenjis salah sebuah pesawat ringan sebagai simbolik perasmian Akademi Penerbangan Layang-Layang.
A
A
A

SATU mesyuarat dan perbincangan mengenai klausa baharu termasuk syarat pelepasan dalam kontrak pemain The Bos Gaurus dalam menangani pemain berpotensi untuk diambil oleh pasukan lain.

Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, mesyuarat exco berkenaan akan diadakan malam esok untuk membincangkan lebih terperinci mengenai isu tersebut sebelum persatuan itu membuat sebarang ketetapan berhubung perkara tersebut.

"Walaupun ketetapan klausa ada kebaikannya, tetapi dalam masa yang ia juga boleh mengekang seseorang pemain itu daripada mengikat perjanjian dengan mana-mana pasukan yang lain.

"Jadi, kita kena perhalusinya elok-elok dan semua perkara ini kita akan bincangkan dalam mesyuarat exco malam esok," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas merasmikan Akademi Penerbangan Layang-Layang, di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, di sini, hari ini.

Terdahulu, Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) dilaporkan bertindak awal sebelum menjadi mangsa rundingan belakang apabila meletakkan klausa pelepasan ke atas semua pemain skuad Red Giants musim ini.

Setiausaha Agung FAS, Dr Johan Kamal Hamidon berkata, purata tanda harga yang perlu dibayar mana-mana pasukan yang berminat mendapatkan khidmat pemain Selangor adalah antara RM3 juta hingga RM6 juta.

Beliau berkata isu perebutan pemain muda negara, Akhyar Rashid antara Persatuan Bolasepak Kedah dan Johor Darul Ta'zim perlu diambil iktibar oleh semua pasukan terutamanya dalam memperkenalkan klausa pelepasan dalam kontrak pemain dan harus memperbaharui kontrak mengikut garis panduan diletakkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia.

Artikel Berkaitan: