X

Kindly register in order to view this article
!

'Boleh menang Anugerah Puskas kalau gol macam ini'

Paparan Twitter NurFadilah tular di laman sosial.
A
A

SKUDAI - Jaringan unik pelajar dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ketika bermain futsal menarik perhatian netizen termasuk FIFA Women's World Cup.

Manakan tidak, menerusi paparan video yang dimuat naik di Twitter NurFadilah, seorang daripada mereka telah berjaya menjaringkan satu gol namun menariknya, jaringan itu bukanlah memasuki gawang futsal sebaliknya tepat ke arah jaring bola keranjang.

Meskipun video durasi 9 saat itu dimuat naik pada minggu lalu tetapi sehingga kini video tersebut tular dan mencecah 859,000 tontonan dari netizen.

Perkongsian video turut dikongsi oleh akaun rasmi bola sepak wanita antarabangsa iaitu FIFA Women's World Cup.

Aksi tular itu mendapat pelbagai reaksi dari netizen yang tidak menyangka video mereka iu popular di dalam dan luar negara.
Aksi tular itu mendapat pelbagai reaksi dari netizen yang tidak menyangka video mereka iu popular di dalam dan luar negara.

Entri tersebut menyatakan, jaringan tersebut layar digelar 'goal of the year'.

Aksi tular itu mendapat pelbagai reaksi dari netizen yang tidak menyangka video mereka iu popular di dalam dan luar negara.

"Tahniah, video kamu semua dapat perhatian peringkat antarabangsa." @yhuee

Kata @_ArisAsri,"Kamu semua nak main futsal ke nak main bola keranjang sebenarnya?

@pokmudosyapik memberitahu, "Boleh menang anugerah puskas kalau gol macam ini."


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus