'Buat kecoh bukan budaya PKR, kata Wan Azizah

Wan Azizah pada sidang media selepas merasmikan penutup Kongres Bersama Wanita dan AMK di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini hari ini.
Wan Azizah pada sidang media selepas merasmikan penutup Kongres Bersama Wanita dan AMK di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini hari ini.
A
A
A

MELAKA - Pengerusi Majlis Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail kesal dengan insiden kekecohan yang berlaku semasa Kongres Nasional Tahunan Angkatan Muda Keadilan (AMK) di sini pagi tadi.

Menurutnya, apa yang terjadi bukanlah budaya di dalam PKR, sebaliknya segala permasalahan yang timbul boleh diselesaikan dengan perbincangan dengan baik.

"Ini bukan budaya kita, sepatutnya perlu memahami, duduk berbincang dan cari jalan penyelesaian yang baik.

"Kita ada terlalu banyak ejen provokasi jadi biar polis melakukan siasatan," katanya pada sidang media selepas merasmikan penutup Kongres Bersama Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Bergaduh, bertumbuk sehingga berdarah'

Kumpulan 'pemerhati tidak sah' punca kecoh

Dalam kejadian pagi tadi, berlaku kekecohan dan insiden berdarah apabila beberapa perwakilan tidak dapat masuk ke dalam dewan persidangan.

Selain itu, bekas Pengerusi AMK, Mizan Adli Mohd Noor juga dihalang untuk masuk ke Kongres Nasional AMK 2019.

Mengulas mengenai perkara itu, Wan Azizah berkata, pemecatan Mizan Adli dan Timbalannya, Mohd Ramly Ahmad telah disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

"Kita menepati apa yang RoS katakan dan oleh itu mereka telah gugur daripada jawatan jadi tidak ada apa-apa isu.

Artikel Berkaitan:

"Jadi seperti yang dikatakan Presiden sebelum ini, siapa yang mencetuskan provokasi atau ketegangan harus dikenakan tindakan tegas," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai kenyataan Timbalan Ketua AMK, Hilman Idham yang akan memboikot Kongres Nasional PKR esok, Wan Azizah berkata, itu terserah kepada pihaknya.

"Nak datang..datang lah..tak nak datang...

"Ini adalah kongres kita kan jadi semua perwakilan dialu-alukan untuk hadir," katanya.