'Rindu nak pegang tangan ayah'

No Image Caption
A
A
A

ANAK tunggal Allahyarham Datuk Nassier Wahab meluahkan rasa rindu setelah pemergian bapanya semalam.

Intan Najihah, 22, masih rindu mahu memegang erat tangan ayahnya lalu memuat naik beberapa foto kenangan ketika dia memimpin tangan orang kesayangannya di Twitter miliknya.

"Rindu nak pegang tangan ayah." ciapnya.

Dia juga memuat naik gambar kenangan ketika kecil bersama arwah Nassier dengan tertulis 'My everything'.

ARTIKEL BERKAITAN: Jenazah Nassier Wahab selamat dikebumikan

Foto-foto itu kini menjadi kenangan terindah buat Intan setelah bapanya meninggal dunia di Pusat Pakar Universiti Malaya (UMSC), Petaling Jaya pada jam 12.45 pagi ini akibat ketumbuhan pada gusi.

Jenazah penyanyi popular era 80-an, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu Belah di sini kira-kira jam 11.35 pagi semalam.

Sebelum ini, Intan juga berkongsi kesedihan atas apa yang menimpa bapanya dan reda jika itu jalan terbaik untuk melegakan kesakitan yang ditanggung bapanya.

"Ayah, tenang la disana... rehat la selama lamanya... cukup kesakitan yang ayah tanggung selama ni, suatu masa nanti kita akan bertemu lagi, Jiah sayang ayah.

Artikel Berkaitan:

"Al-Fatihah ayah, saya akan sentiasa sayang ayah dan merindu ayah," ciapnya.

@eisyakiut, "Salam takziah buat sekeluarga. Semoga tabah dan sabar menghadapi takdir Ilahi. Arwah adalah idola akak dari zaman kecil hinggalah sekarang. Semoga syurga tempatnya. Aamiin.