Penunggang motosikal maut nahas tiga kenderaan

Keadaan kereta belajar memandu selepas terbabit dalam nahas di Jalan Bandar Pasir Gudang petang semalam.
Keadaan kereta belajar memandu selepas terbabit dalam nahas di Jalan Bandar Pasir Gudang petang semalam.
A
A
A

PASIR GUDANG - Seorang penunggang motosikal maut selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan dua kereta termasuk sebuah kereta belajar memandu di Jalan Bandar Pasir Gudang, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.50 petang, Zayyad Zulkifly, 29, maut di tempat kejadian dipercayai gagal mengelak kereta belajar memandu jenis Perodua Axia.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Ismail Dollah berkata, nahas berlaku apabila sebuah kereta dipandu seorang wanita berusia 35 tahun dari arah Pasir Puteh menghala Pasir Gudang hilang kawalan lalu melanggar sebuah kereta belajar memandu yang berada di lorong kiri.

“Akibat perlanggaran itu, kenderaan belajar memandu berpusing ke kanan dan melanggar pembahagi jalan.

“Pada masa sama sebuah motosikal dari arah sama yang ditunggang mangsa di lorong kanan tidak sempat mengelak lalu merempuh bahagian kanan kenderaan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ismail berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sebelum mayatnya dibawa ke Hospital Sultan Ismail untuk bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Artikel Berkaitan: