Kongres AMK kecoh gara-gara tak pakai samping

Kekecohan berlaku selepas perwakilan cuba merempuh pintu masuk selepas dihalang memasuki dewan sempena Kongres AMK di MITC hari ini. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Kekecohan berlaku selepas perwakilan cuba merempuh pintu masuk selepas dihalang memasuki dewan sempena Kongres AMK di MITC hari ini. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

AYER KEROH - [DIKEMASKINI] Kongres Nasional Tahunan Angkatan Muda Keadilan (AMK) pagi ini kecoh apabila sayap perwakilan tidak dibenarkan memasuki dewan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MiTC) hanya disebabkan tidak memakai samping.

Kekecohan tercetus di pintu masuk MiTC apabila lebih 100 perwakilan dihalang masuk bagi menghadiri kongres berkenaan.

Insiden tersebut turut dicemari dengan pergaduhan melibatkan seorang perwakilan yang dilihat bergelut dengan seorang anggota pasukan keselamatan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum mereka dipisahkan perwakilan lain.

Berlaku tolak-menolak dan cubaan merempuh pintu masuk di samping teriakan supaya pintu dibuka.

Pasukan keselamatan PKR cuba menghalang perwakilan daripada memasuki dewan pada Kongres Nasional Tahunan Angkatan Pemuda Keadilan (AMK) hari ini. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Pasukan keselamatan PKR cuba menghalang perwakilan daripada memasuki dewan pada Kongres Nasional Tahunan Angkatan Pemuda Keadilan (AMK) hari ini. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

Seorang perwakilan AMK yang mahu dikenali sebagai Rahim, 30, berkata, arahan pemakaian samping sepatutnya perlu dimaklumkan lebih awal dan bukannya pada saat-saat akhir.

"Sebelum ini, kalau tiada samping pun tidak apa, janji kita ada pakai tag yang telah disediakan oleh pihak pengurusan.

"Ramai yang tidak puas hati sebab beritahu saat-saat akhir baru kena pakai samping.

Artikel Berkaitan:

"Kalau beritahu awal, saya rasa mereka pun akan ikut peraturan yang ditetapkan," katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.