Rebut RM15,200 dalam cabaran 'sweat & shoot'

Sebahagian lagi aksi peserta Street Soccer (4 on 4) pada Karnival Karangkraf 2012 lalu.
Sebahagian lagi aksi peserta Street Soccer (4 on 4) pada Karnival Karangkraf 2012 lalu.
A
A
A

SHAH ALAM - Peserta street soccer (4 on 4) dan basketball (3 on 3) sempena program Sweat & Shoot: Sukan Tanpa Diskriminasi di pekarangan kompleks Kumpulan Media Karangkraf yang berlangsung pada 15 Disember ini berpeluang membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM15,200.

Pengarah Program, Mohd Farreez Rahmat berkata, sebanyak 64 pasukan (32 pasukan setiap satu) diperlukan bagi menyertai saingan kedua-dua acara sukan berkenaan.

Menurutnya, kedua-dua sukan itu akan dilaksanakan mengikut format liga satu pusingan (round robin) yang menyaksikan dua pasukan teratas bakal berentap pada aksi final kelak.

"Lapan pasukan teratas layak ke suku akhir, empat pasukan ke separuh akhir dan seterusnya dua pasukan akan beraksi di pentas akhir.

"Juara akan membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000, trofi dan juga medal, naib juara (2,000 berserta medal) ketiga (RM1,200 berserta medal), keempat (RM800 berserta medal) manakala empat pasukan yang berjaya ke suku akhir masing-masing bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM150.

"Untuk penganjuran kali ini, kita menyediakan hadiah sehingga tempat ke lapan bagi kedua-dua acara sukan itu," katanya ketika mengulas berhubung program anjuran akhbar Sinar Harian dan Sin Chew Daily itu.

Pemandangan sempena Karnival Karangkraf 2012 lalu.
Pemandangan sempena Karnival Karangkraf 2012 lalu.

Katanya, pendaftaran bagi menyertai kedua-dua acara sukan berkenaan sudah dibuka dan orang ramai boleh menghubungi Mohd Firdaus Ishak di talian 03-51017402 atau menerusi aplikasi WhatsApp 019-3087158 untuk maklumat lanjut.

Artikel Berkaitan:

"Bagi street soccer (4 on 4) setiap pasukan hanya pemain berusia 18 tahun ke atas dan berstatus amatur dibenarkan beraksi manakala basketball (3 on 3), hanya seorang pemain profesional dibenarkan beraksi dengan syarat pemain berkenaan tidak beraksi pada kejohanan Piala Agong baru-baru ini.

"Setiap pasukan street soccer (4 on 4) mendaftar tidak lebih daripada enam pemain manakala basketball (3 on 3) setiap pasukan boleh mendaftar tidak lebih lima pemain," katanya.

No Image Caption

Mohd Farreez berkata, yuran pendaftaran bagi setiap acara sukan adalah RM100 dan ketua pasukan atau wakil diminta hadir ke kompleks KMK pada 12 Disember ini untuk sesi undian pasukan.

"Pada hari pertandingan, pendaftaran pasukan bermula jam 7.30 pagi. Kita juga menyediakan khidmat pengadil yang bertauliah termasuk pihak paramedik (perubatan)," katanya.

Sebahagian pengadil yang mengadili basketball (3 on 3) dan street soccer (4 on 4) pada Karnival Karangkraf 2012 lalu.
Sebahagian pengadil yang mengadili basketball (3 on 3) dan street soccer (4 on 4) pada Karnival Karangkraf 2012 lalu.

Sementara itu, Mohd Farreez berkata, pengunjung yang tidak terlibat dengan mana-mana acara sukan juga berpeluang membawa pulang hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM1,000 menerusi aktiviti menarik yang disediakan.

"Orang ramai berpeluang mencuba aktiviti basket ball shoot out, permainan video Play Station 4 (PS4). Kita juga sediakan dua konsul untuk pengunjung yang mahu mencuba permainan berkenaan secara percuma.

"Selain itu, kita ada persembahan pentas dan juga akan mengundang dua tokoh sukan terkemuka," katanya.

Peserta basket ball (3 on 3) beraksi pada Karnival Karangkraf 2012 lalu di pekarangan kompleks Kumpulan Media Karangkraf.
Peserta basket ball (3 on 3) beraksi pada Karnival Karangkraf 2012 lalu di pekarangan kompleks Kumpulan Media Karangkraf.