X

Kindly register in order to view this article
!

Perjumpaan PKR hanya di Kongres Nasional Melaka, kata Azmin

Azmin (tengah) bersama kepimpinan PKR lain pada Majlis Perasmian Kongres Nasional Tahunan Wanita dan Angkatan Muda Keadilan 2019 malam ini.
A
A

MELAKA TENGAH - Timbalan Presiden, Parti Keadilan Rrakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin menegaskan bahawa tidak ada perjumpaan berasingan melibatkan ahli parti itu selain Kongres Nasional di Melaka.

Ini berikutan pertemuan antara Azmin dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, di mana konsensus dicapai antara kedua-dua pemimpin berkenaan.

"Semua perkara ini dibincangkan dengan Presiden dan pimpinan tertinggi parti, biro politik semalam, dan YB Presiden ambil maklum, penjelasan diberikan, ini antara perkara yang dibincangkan dalam parti," katanya.

Azmin berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Kongres Nasional Tahunan Wanita dan Angkatan Muda Keadilan 2019 di Melaka International Trade Centre (MITC) di sini malam ini.

Hadir sama dalam majlis dirasmikan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali itu adalah Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin dan Tian Chua serta Ketua Wanita PKR, Haniza Mohamed Talha.

Sebelum ini, Anwar turut menegaskan mana-mana ahli parti itu yang menghadiri perhimpunan selain Kongres Nasional, bakal berdepan tindakan tegas termasuk pemecatan.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, tindakan sabotaj terhadap kongres parti adalah kesalahan yang besar kerana tujuan kongres diadakan bertujuan memperkukuhkan PKR demi agenda rakyat.

Sementara itu, mengulas mengenai kebebasan bersuara sempena Kongres Nasional itu, Azmin berkata, parti itu adalah sebuah parti demokratik yang memberi ruang sepenuhnya kepada ahli untuk bersuara.

"Perwakilan bebas, beri pandangan, ini parti demokratik, kita beri ruang sepenuhnya, tapi saya yakin perwakilan kita di Angkatan Muda Keadilan (AMK), Wanita adalah perwakilan matang.

"AMK dan Wanita yang akan berbahas dengan berfakta, dengan memberikan hujah yang cukup bernas, tidak beremosi kerana ini parti utama sekarang dalam kerajaan dan landskap poitik Malaysia," katanya.

Katanya lagi, seluruh dunia mutakhir ini sedang memerhati tindakan dan juga langkah parti berkenaan.

"Lihat saja malam ini media luar biasa, tak pernah dapat sambutan seperti ini. Media sudah mengesahkan (PKR) ini parti masa depan Malaysia. Kita ucap terima kasih pada media," tambahnya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus