Sebahagian muka baharu barisi Pemuda Amanah Nasional

Foto ASRIL ASWANDI SHUKOR
Foto ASRIL ASWANDI SHUKOR
A
A
A

KUALA LUMPUR - Barisan pimpinan hadapan Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Nasional menyaksikan gandingan baharu diterajui ketuanya, Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim dan timbalannya, Shazni Munir Mohd Ithnin bagi sesi 2019-2022.

Hasnul Zulkarnain yang juga Ketua Pemuda Amanah Perak sebelum ini ialah bendahari, sementara Shazni Munir menyandang Naib Ketua II.

Jawatan Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional pula masih mengekalkan Kevin Shawn Gomez serta dua muka baharu iaitu Muhammad Taqiuddin Cheman dan Ahmad Zubair Wan Abdul Rahim.

Kesemua jawatan baharu itu diumumkan selepas sesi pemilihan pada Konvensyen Pemuda Amanah Nasional di Dewan Komuniti Batu Muda di sini hari ini.

Dalam pada itu, seramai 365 perwakilan Pemuda Amanah layak mengundi secara e-voting pada hari ini bagi menentukan jawatan Speaker, Timbalan Speaker, Juruaudit dan 27 Ahli Jawatankuasa Pemuda Amanah Nasional.

Keputusan diperoleh selepas hampir sejam menyaksikan Speaker baharu bagi sesi 2019-2022 yang dilantik adalah Noorazmir Zakaria yang memperoleh 187 undi menewaskan Zainuzhaba Baharom yang hanya memperoleh 178 undi.

Timbalan Speaker baharu pula adalah Musaddeq Khalid yang memperolehi undi tertinggi sebanyak 177, manakala Shahmeen Alias dan Muhammad Abrar Sadiq Azizi menggalas tugas sebagai juruaudit.

Artikel Berkaitan: