UMNO tidak boleh lagi bergantung kepada persepsi

Noraini ketika menyampaikan ucapan dasar pada persidangan Wanita UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2019 di PWTC hari ini. - FOTO ZAHID IZZANI
Noraini ketika menyampaikan ucapan dasar pada persidangan Wanita UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2019 di PWTC hari ini. - FOTO ZAHID IZZANI
A
A
A

KUALA LUMPUR - UMNO tidak boleh lagi bergantung kepada persepsi dan andaian semberono untuk membaca sikap pengundi sekiranya ingin memenangi pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Ketua Wanitanya, Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, sebaliknya parti itu memerlukan satu gerak kerja yang lebih strategik dalam mendapatkan fakta lebih tepat terhadap sokongan yang diterima parti.

"Semasa PRU yang lepas, kita dilihat gagal membaca sikap pengundi. Kita fikir pengundi masih bersama tetapi kita silap.

"Mereka sambut kita dengan senyuman, tetapi tidak lagi sokongan. Kita perlu lihat semula sekali di mana kelemahan kita," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Persidangan Wanita UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2019 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini semalam.

Katanya, dengan senario dan landskap politik yang telah berubah, UMNO perlu merombak kembali cara gerak kerja.

Mengulas lanjut, Noraini berkata, kecanggihan sistem teknologi masa kini tidak boleh dijadikan kayu pengukur kepada kejayaan sesebuah parti.

"Kita mulakan dari sifar. Dari bacaan sikap kita sudah beralih ke bacaan sentimen. Kita bina sistem yang lebih realistik.

"Bacaan secara manual tidak lagi praktikal. Saya mahu data-data ini dikemaskini dari masa ke masa," katanya.

Artikel Berkaitan: