Amanah mampu 'survive' jika terus kekal rekod baik

Salahuddin (dua dari kiri) menyampaikan anugerah khas kepada Mohd Sany serta Timbalan Ketua Pemuda Amanah Nasional, Muhammad Faiz Fadzil (kanan) sewaktu Majlis Perasmian Konvensyen Pemuda Amanah Nasional di Dewan Komuniti Batu Muda, Kampung Batu Muda, Kuala Lumpur malam ini.
Salahuddin (dua dari kiri) menyampaikan anugerah khas kepada Mohd Sany serta Timbalan Ketua Pemuda Amanah Nasional, Muhammad Faiz Fadzil (kanan) sewaktu Majlis Perasmian Konvensyen Pemuda Amanah Nasional di Dewan Komuniti Batu Muda, Kampung Batu Muda, Kuala Lumpur malam ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub tidak menolak kemungkinan Amanah akan senasib dengan parti-parti lain jika turut melakukan kesilapan sama dengan 'mereka yang telah terkubur'.

Menurutnya, bagaimanapun, beliau yakin semua itu tidak akan menjadi kenyataan selagi Amanah sentiasa berpegang kepada prinsip serta terus kekalkan 'track record' atau pencapaian terbaik.

"Ya kalau kita melakukan kesilapan yang sama, kita akan hancur. Namun begitu, pertamanya kita ada 'track record' yang baik... aset paling berharga kita hari ini ialah bila kita diberikan kuasa kedudukan.

"Boleh dikatakan setakat ini, tidak ada kepimpinan utama parti yang terlibat dalam salahguna kuasa rasuah dan ini menjadi aset penting Amanah.

"Keduanya, kita akan kukuhkan kedudukan kita dalam Pakatan Harapan (PH) kerana PH penting untuk diperkukuhkan demi kelangsungan bersama," katanya kepada pemberita di sini malam ini.

Terdahulu, beliau menyempurnakan Majlis Perasmian Konvensyen Pemuda Amanah Nasional di Dewan Komuniti Batu Muda, Kampung Batu Muda di sini di hadapan kira-kira 500 perwakilan dan pemerhati yang hadir.

Hadir sama Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar, Ketua Pemuda Amanah Nasional, Mohd Sany Hamzan serta Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Nasional, Senator Aiman Athirah Al Jundi.

Katanya lagi, peranan Amanah juga sentiasa memperkukuhan hubungan dan sentiasa membuat keputusan-keputusan besar dalam majlis presiden dan bukannya di luar majlis presiden.

Artikel Berkaitan:

"Jadi ini antara kekuatan yang kita ada, selagi Amanah dapat berpegang kepada prinsip ini saya tidak khuatir kita akan terima nasib sama dengan parti lain," ujarnya.

Ketika diminta mengulas mengenai samada beliau dapat mempertahankan jawatan sebagai timbalan presiden atau sebaliknya, Salahuddin berkata, semua itu terpulang kepada nasib.

Konvensyen Nasional Amanah 2019 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam pada 6 hingga 8 Disember ini.