Malaysia ambil tindakan, protes pesilat negara dikasari: Syed Saddiq

Perkongsian maklumat dan video oleh Syed Saddiq tular di media sosial yang meraih 914,500 tontonan, 18,400 ulang kicau
Perkongsian maklumat dan video oleh Syed Saddiq tular di media sosial yang meraih 914,500 tontonan, 18,400 ulang kicau
A
A
A

PUTRAJAYA – Kerajaan akan menjalankan siasatan terperinci dan mengambil tindakan terhadap kerajaan Filipina atas insiden yang menimpa pesilat elit negara, Muhammad Faizul M Nasir apabila mengalami kecederaan ketika berlawan dengan seorang pesilat tuan rumah, Dines Dumaan.

Perkara itu dikongsi oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman melalui akaun Twitter beliau yang memberitahu Muhammad Faizul telah lakukan yang terbaik untuk memenangi emas pada acara berkenaan.

“Malaysia tidak boleh berdiam diri. Saya telah arahkan pihak Malaysia untuk ambil tindakan dan hantar nota protest. Saya tahu awak telah melakukan yang terbaik Faizul. Malaysia berbangga dengan awak,” tulisnya.

Muhammad Faizul mengalami kecederaan ketika berlawan dengan pesilat tuan rumah, Dines Dumaan pada pusingan kedua Kelas Putra B (50-55kg) di Pusat Konvensyen dan Pameran Teluk Subic.

Ketika perlawanan itu, Faizul terjatuh di atas gelanggang daripada tindakan pesilat lawan yang dipercayai menyepak mukanya sehingga menyebabkan kecederaan. Disebabkan itu, Faizul tidak dapat meneruskan cabaran untuk mempertahankan emas yang telah dimenangi pada edisi yang lepas.

Ekoran kecederaan dialami, pesilat tuan rumah telah diberikan kemenangan. Walau bagaimanapun, situasi itu mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat Malaysia dan video aksi pesilat negara diperlakukan sebegitu turut dikongsi Syed Saddiq.

Perkongsian maklumat dan video oleh Menteri itu kini tular di media sosial yang meraih 914,500 tontonan, 18,400 ulang kicau dan rata-rata netizen menyokong tindakan yang bakal diambil oleh Syed Saddiq bagi menuntut keadilan dan menghantar nota protes kepada pihak terbabit.

Tangkapan layar video yang memaparkan Muhammad Faizul M Nasir mengalami kecederaan ketika berlawan dengan seorang pesilat tuan rumah, Dines Dumaan.
Tangkapan layar video yang memaparkan Muhammad Faizul M Nasir mengalami kecederaan ketika berlawan dengan seorang pesilat tuan rumah, Dines Dumaan.

Artikel Berkaitan:

“Sepakan bahagian atas dada adalah fatal area bahagian selangka bahu, leher, dagu, muka dan kepala keseluruhannya, mana-mana bahagian di sini jika kena hentakkan kuat boleh menyebabkan atlet pengsan/lost balance, sepatutnya game ni player Philippine kena discualified, and medic kena cepat,” tulisnya @syvzwvnz di Twitter.

@KayroolAmikie pula memberitahu “ Para atlet kami secara jelasnya dilayan dengan sikap yang tidak professional oleh pasukan Filipina. Ini melibatkan dengan nyawa dan mati cara yang dia lakukan. Malaysia tengah mengharapkan awak YB. Jangan hampakan kami,”.