Tunku Azizah berkenan lancar Pandu Puteri Siswi PPPM

Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah diiringi Timbalan Yang Dipertua, Persatuan Pandu Puteri Malaysia Raja Puan Muda Perak Darul Ridzuan Tunku Soraya Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (kanan) pada pelancaran Pandu Puteri Siswi di Dewan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Universiti Putra Malaysia hari ini. - Foto Bernama

A
A
A

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan melancarkan Pandu Puteri Siswi Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) di Dewan Besar Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, dekat sini hari ini.

Tunku Azizah yang merupakan Penaung Diraja PPPM dalam titah ucapannya menyeru supaya pihak pengurusan di semua institusi pengajian tinggi awam (IPTA), swasta (IPTS) dan kolej politeknik untuk turut menubuhkan Pandu Puteri Siswi PPPM supaya dapat disertai lebih ramai golongan mahasiswi pada masa hadapan.

"Setakat ini kita baru ada ahli Pandu Puteri Siswi PPPM dari lima UA (Universiti Awam) di seluruh negara. Kita berhasrat untuk menambah lebih ramai ahli daripada jumlah sedia ada ketika ini (2018) iaitu 834 orang," titahnya ketika majlis pelancaran itu.

Menurut penganjur majlis tersebut, lima UA berkenaan adalah UPM, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Malaysia Perlis (UNiMAP).

Pada majlis itu, Seri Paduka turut diiringi Timbalan Yang Dipertua PPPM Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Al-Marhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Ketua Pesuruhjaya PPPM, Datuk Jayadhevi Subramaniam.

Sementara itu, Tunku Soraya bertitah, PPPM mempunyai visi ‘Menerajui Perkembangan Potensi Gadis dan Wanita dalam Membawa Perubahan’, serta mempunyai komitmen melahirkan golongan wanita remaja dan dewasa yang berkaliber demi kepentingan negara.

Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah diiringi Timbalan Yang Dipertua, Persatuan Pandu Puteri Malaysia Raja Puan Muda Perak Darul Ridzuan Tunku Soraya Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (dua dari kanan) berkenan melihat pameran selepas melancarkan Pandu Puteri Siswi di Dewan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Universiti Putra Malaysia hari ini. - Foto Bernama

“Misi utama kami adalah bagi menyokong gadis dan wanita muda membangunkan potensi penuh mereka sebagai pemimpin dan warganegara aktif melalui pelbagai program dan latihan kepimpinan.

Artikel Berkaitan:

“Antara program yang dikendalikan ialah program ‘Action on Body Confidence’, ‘Free Being Me’ dan ‘Surf Smart’. Program ini dijalankan bagi membangunkan potensi penuh mereka sebagai pemimpin masa hadapan dan menjadi warganegara aktif,” titahnya.

Tunku Soraya bertitah, PPPM menyasarkan untuk meningkatkan jumlah keahlian sebanyak 300,000 orang pada tahun 2020, di samping meningkatkan bilangan ahli Pandu Puteri Siswi yang dilihat agak rendah.

“Untuk rekod, bilangan keseluruhan ahli PPPM di seluruh negara bagi tahun 2018 adalah seramai 132,972 orang dengan bilangan pemimpin seramai 14,517 orang,” titahnya. - Bernama