6 maut, lebih 15,000 terjejas akibat hujan lebat di Sri Lanka

Kematian dilaporkan di Daerah Nuwera Eliya, di dataran tinggi yang merupakan antara kawasan paling teruk terjejas.
Kematian dilaporkan di Daerah Nuwera Eliya, di dataran tinggi yang merupakan antara kawasan paling teruk terjejas.
A
A
A

COLOMBO - Enam kematian dilaporkan manakala lebih 15,000 lagi terjejas akibat hujan lebat di Sri Lanka, lapor agensi berita Xinhua memetik Pusat Pengurusan Bencana (DMC) pada Rabu.

Kematian dilaporkan di Daerah Nuwera Eliya, di dataran tinggi yang merupakan antara kawasan paling teruk terjejas.

Lebih 900 orang telah dipindahkan ke tempat perlindungan sementara dan lebih 350 rumah rosak.

Amaran tanah runtuh masih dikeluarkan di beberapa kawasan termasuk di Ratnapura, di selatan Sri Lanka dan penduduk di wilayah itu diarahkan berpindah.

Presiden Sri Lanka, Gotabaya Rajapaksa pada Isnin mengarahkan pegawai agensi berkaitan bertindak segera untuk memastikan keselamatan dan kebajikan rakyat yang terjejas.

Lebih banyak hujan dijangka melanda Sri Lanka dan Jabatan Meteorologi memberi amaran kepada orang ramai untuk mengambil langkah berjaga-jaga.

Curahan hujan melebihi 150 milimeter diramal di beberapa kawasan di sepanjang pantai utara, timur dan selatan. - Bernama

Artikel Berkaitan: