Operasi tangkapan anjing liar ditingkatkan

Para petugas MPK sedang menjalankan tangkapan anjing liar. - Foto MPK
Para petugas MPK sedang menjalankan tangkapan anjing liar. - Foto MPK
A
A
A

KUANTAN - Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) akan meningkatkan operasi tangkapan anjing di kawasan perumahan di daerah ini.

Ketua Seksyen Perhubungan Awam, Norkamawati Kamal berkata, operasi berkenaan mengingatkan pemilik anjing memberi penjagaan sempurna kepada haiwan peliharaan itu selain memberi suntikan vaksin.

"Kita bertindak berdasarkan aduan bagi mengurangkan jumlah anjing liar yang mungkin berpenyakit dan kejadian menyelongkar tong sampah di tempat awam," katanya.

Menurutnya, sehingga November 2019 sebanyak 1,281 ekor anjing ditangkap dengan Jun mencatat jumlah tertinggi iaitu 175 ekor.

Norkamawati berkata, terdapat juga kes anjing mengejar pejalan kaki atau penunggang motosikal yang boleh menyebabkan kemalangan dan kecederaan kepada orang awam selain gangguan najis di tempat awam.

Menurutnya, pasukan penangkapan anjing liar MPK terdiri daripada Pengawas Kesihatan Kanan dan pekerja termasuk jentera motosikal dan lori.

"Pasukan ini boleh dikenali melalui kad kuasa, pakaian seragam yang akan menjalankan operasi penangkapan dari masa ke semasa pada siang atau malam hari.

"Mana-mana anjing liar yang berkeliaran di tempat awam sama ada berlesen atau tidak akan ditangkap menggunakan jerat. Semua anjing yang ditangkap akan direkodkan dan anjing tersebut akan dikandang di depot," katanya.

Artikel Berkaitan:

Pemilik anjing boleh menuntut anjing mereka selepas membuat bayaran-bayaran berikut penangkapan anjing, kompaun (jika anjing tiada lesen yang sah) dan perlu dituntut dalam masa 48 jam.