X

Kindly register in order to view this article
!

Polis panggil penganjur ekspo tatu

Mior Faridalatrash Wahid
A
A

SHAH ALAM - Polis akan memanggil penganjur Tattoo Malaysia Expo 2019 susulan peragaan separuh bogel pada acara itu bagi membantu siasatan.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang (D5) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid berkata, setakat ini dua laporan polis sudah dibuat.

Menurutnya, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 294 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

“Kita akan memanggil semua yang terlibat termasuk penganjur bagi merakam percakapan bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Penganjur ekspo tatu mohon maaf

Kelmarin, tular di media sosial gambar serta visual peragaan separuh bogel dalam salah satu acara yang dianjurkan pada ekspo bertaraf antarabangsa itu sekali gus membangkitkan kemarahan orang ramai.

Ekspo itu turut mendapat sokongan Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) seperti yang tertera di layar belakang pentas.

Bagaimanapun, MOTAC menafikan pernah meluluskan penganjuran ekspo berkenaan dan akan mengambil tindakan sewajarnya ke atas penganjur ekspo itu.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus