10 pelanggan IWK menang tiket penerbangan ke Rome

Narendran (duduk tengah) bersama pemenang Peraduan Bayar dan Menang pusingan kedua.
Narendran (duduk tengah) bersama pemenang Peraduan Bayar dan Menang pusingan kedua.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Seramai 10 pelanggan Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) bertuah apabila menerima dua tiket penerbangan ke Rome menerusi Peraduan Bayar dan Menang Pusingan Kedua yang bermula Jun hingga September lalu.

Hadiah kepada semua pemenang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif IWK, Narendran Maniam di Ibupejabat IWK di sini baru-baru ini.

Narendran berkata, kesemua pemenang itu dipilih menerusi sistem pilihan rawak secara berkomputer dan melalui proses audit.

"Peraduan Bayar dan Menang mula dianjurkan pada 2018, sebagai salah satu kempen bagi menggalakkan pembayaran bil perkhidmatan pembetungan serta pendaftaran IWK e-bill, sekali gus menghargai pelanggan yang setia menyokong perkhidmatan IWK," katanya.

Beliau berkata, pelanggan IWK telah dimaklumkan mengenai peraduan itu melalui bil perkhidmatan pembetungan di samping pengumuman melalui laman web www.iwk.com.my dan media sosial.

Peraduan Bayar dan Menang terbahagi kepada tiga pusingan iaitu Januari hingga April 2019 yang menawarkan tiket penerbangan ke Paris kepada 10 pemenang.

Narendran (kanan) menyampaikan hadiah tiket penerbangan ke Rome kepada seorang daripada 10 pemenang Peraduan Bayar dan Menang pusingan kedua.
Narendran (kanan) menyampaikan hadiah tiket penerbangan ke Rome kepada seorang daripada 10 pemenang Peraduan Bayar dan Menang pusingan kedua.

Pusingan kedua berlangsung dari 2 Mei hingga Ogos lalu dan menawarkan tiket penerbangan ke Rome untuk 10 pemenang.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu tiket penerbangan ke London menanti 10 pemenang bagi pusingan ketiga yang berlangsung dari 3 September hingga Disember 2019 dan tarikh tutup penyertaan ialah 31 Januari 2020.

Cara penyertaannya, pelanggan hanya perlu menjelaskan bil perkhidmatan pembetungan IWK (tunggakan sifar), mendaftar IWK e-Bill dan lengkapkan borang peraduan di https://www.iwk.com.my/bayardanmenang.

Lebih 49,000 penyertaan diterima dan dijangka lebih ramai pelanggan IWK akan menyertai pusingan terakhir peraduan itu.

Pusingan kedua Peraduan Bayar dan Menang dimenangi Teh Han Hann, Eow Bee Kee, Ramli Ali dan Mohd Rahim Khamis dari Selangor; Sofian Ahmad dari Kedah; Zulhafizi Mohamad dan Devi Wong dari Perak; Mohd Nizam Abd Rahman dari Kuala Lumpur serta S Saravanan M Swamenathan dan Nurul Akma Jamil dari Melaka.