Raja Permaisuri Agong terkejut kontroversi ekspo tatu

Ciapan Tunku Azizah mendapat perhatian pengguna Twitter dengan 7,000 pengikut mengulang kicau manakala lebih 7,000 pengikut menurunkan tanda ‘like’.
Ciapan Tunku Azizah mendapat perhatian pengguna Twitter dengan 7,000 pengikut mengulang kicau manakala lebih 7,000 pengikut menurunkan tanda ‘like’.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dukacita dengan penganjuran Tattoo Malaysia Expo 2019 yang mempamerkan aksi peserta dalam keadaan menjengkelkan ketika memperagakan tatu pada badan mereka.

Dalam entri di akaun Twitter, baginda memuat naik kenyataan mempersoalkan tindakan penganjuran acara demikian.

"Allah akbar... apa nak jadi ni!" titah baginda hari ini.

Ciapan Tunku Azizah mendapat perhatian pengguna Twitter dengan 7,000 pengikut mengulang kicau manakala lebih 7,000 pengikut menurunkan tanda ‘like’.

Semalam, tular di media sosial gambar berserta visual peragaan separuh bogel dalam satu acara dianjurkan pada ekspo berkenaan.

Tattoo Malaysia Expo 2019 yang berlangsung pada 29 November sehingga semalam, menghimpunkan peserta dari 35 negara.

Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) melalui kenyataan hari ini akan mengambil tindakan sewajarnya ke atas penganjur Tattoo Malaysia Expo 2019 susulan peragaan separuh bogel pada acara berkenaan.

Menterinya, Datuk Mohamaddin Ketapi berkata, kementerian berkenaan tidak pernah memberi sebarang kelulusan untuk acara peragaan separuh bogel.

Artikel Berkaitan:

Malaysia Convention and Exhibition Bureau (MyCEB) dalam kenyataan memaklumkan pihaknya berhak menarik balik sebarang bentuk sokongan jika berlaku pelanggaran terma seperti yang berlaku pada program berkenaan.

Kata kenyataan itu lagi, MyCEB memberi sokongan terhadap program berkenaan selepas menyemak semua dokumen dan kelulusan daripada pihak berkuasa negeri dan kerajaan tempatan.