5,476 mangsa banjir di Terengganu

Lori bomba membawa mangsa banjir di Kampung Kepah, Hulu Terengganu.
Lori bomba membawa mangsa banjir di Kampung Kepah, Hulu Terengganu.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seramai 5,476 mangsa banjir daripada 1,625 keluarga masih ditempatkan di 122 buah pusat pemindahan sementara (PPS) di tujuh daerah di negeri ini.

Sehingga jam 6 petang ini, Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merekodkan seramai 1,795 mangsa banjir ditempatkan di 51 buah PPS di daerah Besut.

Daerah Setiu pula mencatatkan seramai 1,789 mangsa yang ditempatkan di 28 buah PPS di daerah itu, manakala daerah Hulu Terengganu pula mencatatkan jumlah mangsa seramai 1,270 yang ditempatkan di 24 buah PPS.

Daerah Dungun pula mencatatkan seramai 393 mangsa, Marang (111), Kuala Nerus (94) dan Kemaman (24).

Sementara itu, lapan sungai di negeri ini berada melebihi paras bahaya iaitu Sungai Besut di Jambatan Keruak berada pada paras 35.20 meter (m), Sungai Besut di Kampung La (23.36m), Sungai Setiu di Kampung Besut (17.63m).

Paras air bagi jambatan Permaisuri pula berada pada bacaan 9.24m, Sungai Chalok di Jambatan Chalok (8.60m), Sungai Nerus di Kampung Langkap (22.63m), Sungai Nerus di Kampung Bukit (14.84m) dan Sungai Telemong di Kampung Kuala Ping (21.21m).

Artikel Berkaitan: