Penganjuran ekspo tatu tidak wajar

Gesa remaja elak terpengaruh budaya asing bertentangan Islam

Salah seorang peserta ekspo berkenaan. - Foto Tattoo Malaysia Expo
Salah seorang peserta ekspo berkenaan. - Foto Tattoo Malaysia Expo
A
A
A

IPOH - Penganjuran Tattoo Malaysia Expo 2019 disifatkan sangat tidak wajar diadakan di negara ini.

Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim berkata, tindakan itu bersalahan dengan ajaran Islam dan bukanlah budaya yang diterima di negara ini.

Menurutnya, umat Islam khususnya anak-anak muda diingatkan tidak terpengaruh dengan budaya-budaya yang sangat asing dari ajaran Islam seperti bertatu.

"Dari sudut sejarahnya, tatu dipakai dengan alasan tersendiri. Bangsa Yunani kuno memakai tatu sebagai identiti pasukan perisikan mereka. Tatu menunjukkan pangkat mata-mata tersebut. Berbeza dengan bangsa Romawi yang menggunakan tatu untuk tanda bahawa seseorang itu berasal dari golongan hamba.

"Secara umum, dapat disimpulkan bahawa tatu dalam sejarah awalnya lebih dianggap sebagai sesuatu keperluan yang primer daripada fungsinya sebagai ekspresi seni," katanya dalam satu kenyataan melalui Facebook hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai penganjuran Tattoo Malaysia Expo 2019 yang mencetuskan kontroversi.

Semalam tular di media sosial gambar berserta visual peragaan separuh bogel dalam satu acara dianjurkan pada ekspo berkenaan.

Zamri berkata, secara umumnya dapat disimpulkan bahawa tatu dalam sejarah awalnya lebih dianggap sebagai sesuatu keperluan yang primer daripada fungsinya sebagai ekspresi seni.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, pada hari ini, masyarakat cuba diajak melihat tatu sebagai sebahagian dari seni.

"Pengharaman tatu di dalam Islam jelas menerusi hadis Rasulullah SAW melalui riwayat Bukhari iaitu ALLAH melaknat perempuan-perempuan yang mentatu dan yang minta ditatu, yang mencabut atau mencukur rambut (bulu kening), dan yang mengasah giginya untuk memperindah. Iaitu perempuan-perempuan yang mengubah ciptaan ALLAH.

"Umat Islam khususnya remaja wajib mempertahankan identiti keislaman dan tidak terpengaruh dengan budaya-budaya liar ini," katanya.

Sementara itu, Zamri meminta kerajaan memandangkan serius perkara ini agar tidak berulang pada masa akan datang.

Zamri Hashim
Zamri Hashim