Konvensyen Wanita Perpaduan diadakan 14 Mei ini

Ketua-ketua Wanita Pqrti Kompinen dalam Kerajaan Perpaduan mengadakan mesyuarat pertama di Menara Dato' Onn pada Khamis.
Ketua-ketua Wanita Pqrti Kompinen dalam Kerajaan Perpaduan mengadakan mesyuarat pertama di Menara Dato' Onn pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Perundingan Pimpinan Wanita Kerajaan Perpaduan akan menganjurkan Konvensyen Wanita Perpaduan pada 14 Mei depan.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, konvensyen bertemakan 'Malaysia Madani: Mewajahi Masa Depan Malaysia’ itu bertujuan memperkukuh agenda Kerajaan Perpaduan di bawah teraju Malaysia Madani.

“Fokus utamanya adalah agenda ekonomi, pembinaan negara bangsa dan peranan wanita dalam konteks Malaysia Madani,” katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Dalam pada itu, Noraini memaklumkan, konvensyen berkenaan akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) itu diadakan bersempena Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan Malaysia.

Ketua-ketua Wanita Parti Kompinen dalam Kerajaan Perpaduan mengadakan mesyuarat pertama di Menara Dato' Onn pada Khamis.
Ketua-ketua Wanita Parti Kompinen dalam Kerajaan Perpaduan mengadakan mesyuarat pertama di Menara Dato' Onn pada Khamis.

Sementara itu, satu Mesyuarat Perundingan Pimpinan Wanita Kerajaan Perpaduan diadakan kali pertama di Menara Dato’ Onn, Kuala Lumpur pada Khamis.

Beliau berkata, mesyuarat berkenaan diadakan sebagai medium memperkukuh koloborasi dan membina rangkaian kerja wanita merentas parti.

Turut hadir Ketua-Ketua Wanita Parti Komponen dalam Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) antaranya Aiman Athirah Al Jundi dari Parti Amanah Negara (Amanah); Fadhlina Sidek (PKR); Datuk Mohana Muniandy (MIC) dan Teo Nie Ching (DAP).