Wanita sarung pakaian tradisional Orang Ulu di ABC

Gambar Nancy Maria menyarung pakaian entik Orang Ulu dari Uma Juman, Belaga, Sarawak di Annapurna Base Camp (ABC), Nepal mendapat perhatian netizen. - Foto Facebook Nancy Maria
Gambar Nancy Maria menyarung pakaian entik Orang Ulu dari Uma Juman, Belaga, Sarawak di Annapurna Base Camp (ABC), Nepal mendapat perhatian netizen. - Foto Facebook Nancy Maria
A
A
A

KATHMANDU - Foto seorang wanita yang mengabdikan momen terindah dengan memakai pakaian tradisional kaum Kayan, etnik Orang Ulu dari Uma Juman, Belaga, Sarawak di Annapurna Base Camp (ABC), Nepal mendapat perhatian netizen.

Masakan tidak, dalam keadaan cuaca sejuk di kawasan tersebut, Nancy Maria sanggup menyarung pakaian entik Orang Ulu demi memenuhi impiannya.

Menerusi status di Facebook miliknya, gambar itu dirakam pada hari keenam pendakian dan selepas selamat tiba di ABC.

"Semua berjalan dengan lancar menurut rencana-Nya. Menyaksikan keindahan ciptaan tuhan, terasa kerdilnya diri ini.

"Saya memakai pakaian tradisional kaum Kayan, etnik Orang Ulu dari Uma Juman, Belaga Sarawak. Terima kasih atas doa teman-teman di Facebook, kami berdua sihat dan ok," tulisnya sebelum tular di laman sosial.

Perkongsian itu membuatkan netizen teruja dan mengucapkan tahniah di atas pencapaian hebatnya di sana.

ChriszTna Mbrozs berkata, "Tahniah Arin, memang luar biasa hebat."

Anna Ozzy Khan juga berbangga kerana wanita hebat itu mewakili kaumnya untuk menjejakkan kaki ke sana dan mencipta satu sejarah untuk Uma Juman.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, wanita yang aktif aktiviti pendakian dan larian itu juga memaklumkan, dia bersama seorang lagi dipercayai suaminya tiba di Sinuwa sejauh 25km dari ABC mengambil masa sembilan jam.

"Perjalanan turun empat hari kami belasah singkatkan dua hari. Jadi kami akan berada Pokhara esok selama dua hari sebelum balik ke Kathmandu. Esok saya akan kemas kini dari semasa ke semasa," katanya.

Hantaran itu sehingga kini meraih lebih 2,400 tanda suka daripada netizen.

NAMASTE.. Day 6 pendakian hari ni dan kami dah tiba di ABC dengan selamatya. Semua berjalan dengan lancar menurut...

Posted by Nancy Maria on Saturday, November 30, 2019