Hentikan spekulasi: Mohd Amar

Mohd Amar (tengah) menyampaikan watikah pelantikan di majlis tersebut di sini.
Mohd Amar (tengah) menyampaikan watikah pelantikan di majlis tersebut di sini.
A
A
A

KOTA BHARU – Kerajaan minta rakyat hentikan spekulasi mengaitkan isu perkahwinan menjadi alasan kepada peletakan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, pihaknya tidak menerima apa-apa makluman mengenai perkara tersebut sebelum ini, sehinggalah perkara tersebut diputuskan baginda kelmarin.

“Memang terkejutlah sebab kita tiada maklumat. Jumaat lalu pun baginda solat Jumaat di sini. Tiada sebarang riak atau tanda-tanda (mahu meletak jawatan). Bagi saya, itu hak baginda, kita perlu hormati,” katanya kepada media di sini.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Kompleks Kota Darul Naim, di sini.

Artikel Berkaitan: