Ops Catut 6.0 bermula

Iskandar (dua,kanan) ketika sidang media selepas melancarkan Ops Catut 6.0 (PSP) di Kilang Mamee Double Decker (M)Sdn Bhd di Ayer Keroh, di sini, hari ini.
Iskandar (dua,kanan) ketika sidang media selepas melancarkan Ops Catut 6.0 (PSP) di Kilang Mamee Double Decker (M)Sdn Bhd di Ayer Keroh, di sini, hari ini.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Ops Catut 6.0 Program Subsidi Petrol (PSP) bertujuan memberi amaran kepada peniaga supaya tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barang.

Pengarah Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata, operasi yang bermula hari ini juga dilaksanakan secara berfasa bermula hari ini sehingga Jun tahun depan.

Menurutnya, semua kenaikan harga akan dipantau di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011.

"Penguatkuasaan itu mengambil kira enam kategori barangan iaitu makanan dan minuman, barangan isi rumah, tekstil, perabot dan barang elektrik," katanya selepas melancarkan Ops Catut 6.0 (PSP) di Kilang Mamee Double Decker (M) Sdn Bhd di Ayer Keroh, di sini hari ini

Hadir sama, Pengarah Urusan Double Decker (M) Berhad, Datuk Gary Choo Kok Sen.

"Bagi fasa pertama melibatkan serahan Notis Pengesahan Maklumat Barangan atau Perkhidmatan di bawah Seksyen 21(2) AKHAP 2011 kepada peniaga mengikut kategori barangan manakala bagi fasa kedua untuk menyerahkan notis yang sama selain serahan notis bertulis kepada peniaga yang dikenal pasti membuat kenaikan harga barangan pada fasa pertama," katanya.

Iskandar berkata, sebanyak 45,548 premis telah diperiksa melibatkan 862,169 barangan sejak Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dilaksanakan bermula September tahun lalu.

"Sebanyak 664 notis telah dikeluarkan di bawah Seksyen 21(2) AKHAP 2011 dan 3,005 arahan di bawah 53A AKHAP 2011 yang dikeluarkan kepada peniaga supaya menyenggara dan menyimpan rekod perniagaan," katanya.

Artikel Berkaitan: