Kerjasama KPM, syarikat minyak dan gas merevolusikan TVET

Dr Maszlee Malik
Dr Maszlee Malik
A
A
A

PUTRAJAYA - Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik menyifatkan kerjasama kementerian itu dengan beberapa syarikat industri minyak dan gas merupakan langkah pertama merevolusikan pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET).

Menurutnya, kementerian berusaha meningkatkan TVET ke kelas dunia.

"Ini adalah langkah pertama dalam perjalanan panjang dan sukar untuk merevolusikan cara masyarakat kita belajar mengumpul pengetahuan, kemahiran dan pengalaman seiring dengan perkembangan semasa," katanya.

Beliau berkata dalam ucapan ringkas pada Majlis Menandatangani Kerjasama Strategik antara KPM dan empat syarikat minyak dan gas di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Tan Sr Dr Mohammad Naim Yaakob.

Empat syarikat berkenaan adalah Dynac Sdn Bhd, EEW Malaysia Sdn Bhd, Malaysia Marine and Heavy Engineering Sdn Bhd dan Brooke Dockyard&Engineering Works Corporation.

Jalinan kerjasama itu bagi memperluaskan akses dan peluang kepada graduan politeknik dan kolej komuniti.

Artikel Berkaitan: