Banjir pun hisap dadah

Antara yang ditahan dalam operasi di sekitar kawasan Limbongan dan Selising. - Foto AADK
Antara yang ditahan dalam operasi di sekitar kawasan Limbongan dan Selising. - Foto AADK
A
A
A

PASIR PUTEH - Hujan lebat yang melanda daerah ini tidak menghalang penagih melampiaskan gian mereka meskipun masyarakat setempat resah memikirkan nasib apabila kawasan rumah mula dinaiki air.

Tindakan tidak bermoral itu berjaya dihidu anggota penguat kuasa Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Pasir Puteh apabila sembilan orang termasuk seorang wanita ditahan dalam operasi bermula jam 9 pagi hingga 5 petang semalam di sekitar Limbongan dan Selising.

Ketua Pegawai AADK Pasir Puteh, Azlina Mohd Zain berkata, penahanan tersebut melibatkan pemeriksaan ke atas 11 orang dan kesemua ditahan didapati positif dadah termasuk lapan daripadanya positif methamphetamine, manakala seorang lagi opiate.

"Enam orang mendapat perintah tahanan reman mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Penagih Dadah (Rawatan&Pemulihan) 1983 selama tempoh 14 hari. Dua orang lagi yang ditangkap adalah orang kena pengawasan (OKP) AADK Daerah Pasir Puteh dan AADK Daerah Machang

"Seorang perempuan diberi jamin pegawai mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983 berikutan masalah mental, ” katanya.

Tindakan golongan penagih mengambil dadah ketika banjir berjaya dihidu oleh anggota penguat kuasa AADK Daerah Pasir Puteh. - Foto AADK
Tindakan golongan penagih mengambil dadah ketika banjir berjaya dihidu oleh anggota penguat kuasa AADK Daerah Pasir Puteh. - Foto AADK

Dalam pada itu, menurutnya, faktor cuaca tidak menentu ketika ini tidak menghalang AADK Pasir Puteh menjalankan operasi penguatkuasaan.

"Seramai tujuh anggota menyertai operasi ini walaupun hujan lebat dan banjir ketika ini.

Artikel Berkaitan:

Kita akan terus melipatgandakan operasi dalam membanteras gejala penyalahgunaan dadah sehingga ke peringkat akar umbi," katanya.