Kanak- kanak mangsa pertama banjir di Kelantan

546710
546710
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang kanak-kanak berusia 7 tahun yang dikhuatiri lemas lewat petang semalam di Felcra Teratak Batu, Pasir Puteh dekat sini ditemui maut pagi ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, pasukan penyelamat menemui mayat Mohammad Ilham Hasmadi di sebuah bendang kira-kira 400 meter dari tempat mangsa dikatakan terjatuh jam 8 pagi ini.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh untuk bedah siasat. Kita bersedih di atas kejadian itu kerana membabitkan kanak-kanak.

“Elakkan anak-anak kecil bermain air di musim banjir kerana membahayakan nyawa mereka," katanya selepas Program Berkhatan Kanak-kanak Peringkat Kontinjen Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.

Katanya, kanak-kanak lelaki itu adalah mangsa banjir pertama yang lemas di Kelantan.

Semalam, seorang kanak-kanak lelaki berusia 7 tahun dikhuatiri lemas di tali air ketika mengikut bapa saudaranya memasang pukat ikan di Felcra Teratak Batu, Pasir Puteh.

Kejadian pukul 6.30 petang itu, mangsa dikatakan berada di atas titi kayu sebelum tergelincir dan dibawa arus deras. - Bernama

Artikel Berkaitan: