X

Kindly register in order to view this article
!

Mangsa banjir di Kelantan bertambah

Operasi menyelamat mangsa banjir oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Durian semalam. - Foto JBPM Kelantan
A
A

KOTA BHARU- Banjir di Kelantan bertambah buruk hari ini dengan peningkatan jumlah mangsa kepada 5,818 orang sehingga jam 7.51 pagi ini.

Berdasarkan aplikasi Jabatan Kebajikan Masyarakat, jumlah pusat pemindahan sementara (PPS) bertambah kepada 59 lokasi dengan menempatkan 1,664 keluarga.

Jumlah paling ramai terlibat adalah di Pasir Mas dengan 3,231 mangsa daripada 970 keluarga masih berada di 18 PPS.

Beberapa kawasan rendah di sekitar Kota Bharu juga sudah mula ditenggelami air sejak semalam dan seramai 739 mangsa melibatkan 209 keluarga sudah dipindahkan ke tujuh PPS.

Jumlah mangsa di Kuala Krai dilaporkan bertambah kepada 384 orang melibatkan 90 keluarga dengan enam PPS baharu dibuka menjadikan kesemuanya 11 PPS, berbanding 209 orang sahaja pada jam 7 pagi tadi.

Perkembangan banjir di Pasir Puteh pula, tujuh PPS dibuka bagi menempatkan seramai 611 mangsa melibatkan 165 keluarga yang masih belum dibenarkan pulang.

Di Tanah Merah, seramai 371 mangsa dengan 102 keluarga berada di lapan PPS dan di Bachok pula, 260 mangsa dipindahkan ke dua PPS.

Sementara itu, berdasarkan portal publicinfobanjir.water.gov pulaM tiga sungai utama di Kelantan melepasi paras bahaya.

Sungai Golok di Rantau Panjang berada pada paras 10.47 meter (bahaya 9m), Sungai Golok di Jenob pula kini diparas 24.27m (bahaya 23.50m) dan Sungai Kelantan di Kuala Krai mencatatkan bacaan 25.16m (bahaya 25m).