Brendan perkuat cabaran The Red Giants

Status terkini Brendan bersama The Red Giants yang dimuat naik di laman sosial FA Selangor.
A
A

PERSATUAN Bolasepak Selangor (FAS) mengumumkan bahawa juara Piala Malaysia 33 kali itu merekrut tonggak tengah Harimau Malaya, Brendan Gan bagi menambah kekuatan The Red Giants menjelang saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2020.

Sementara itu, Brendan menerusi satu video yang dimuat naik dari media sosial rasmi FAS hari ini berkata beliau sentiasa komited memberikan aksi terbaik bersedia menyahut cabaran baharu.

Mengakui bukan mudah bersama pasukan baharu namun beliau optimis mampu mencipta kejayaan bersama Selangor.

Status terkini Brendan bersama The Red Giants itu sekali gus meleraikan khabar angin yang mengatakan bahawa pemain berusia 31 akan meninggalkan Perak.

Aura bekas pemain Kelantan itu kembali cemerlang di arena bola sepak negara apabila membantu Harimau Malaya pada kempen Kumpulan G saingan Kelayakan Pusingan Kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bulan lalu.