Selangor sasar 30,000 unit Rumah Selangorku menjelang 2023

Haniza (tiga dari kiri) bergambar bersama penerima pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah Selangorku dan penyerahan Surat Tawaran kepada penyewa Skim Smart Sewa di Pangsapuri Seri Utama di Taman Puchong Utama di sini hari ini.

A
A
A

PUCHONG - Kerajaan Selangor menyasarkan sebanyak 30,000 unit rumah mampu milik (RMM) di bawah program Rumah Selangorku bagi tempoh lima tahun bermula tahun ini sehingga 2023.

Exco Perumahan dan Kehidupan Bandar Selangor, Haniza Mohamed Talha berkata, sehingga 15 November 2019, sebanyak 277 projek pembangunan RMM dilaksanakan melibatkan 121,695 unit kediaman telah diluluskan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

"Daripada jumlah tersebut, sebanyak 14,781 unit telah siap dibina dan diserahkan kunci, manakala 22,274 unit kini dalam pembinaan akan boleh diduduki secara berperingkat bermula pada akhir tahun ini sehingga 2022," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah Selangorku dan penyerahan Surat Tawaran kepada penyewa Skim Smart Sewa di Pangsapuri Seri Utama di Taman Puchong Utama di sini hari ini.

Turut hadir Setiausaha politik Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Muhammad Hilman Idham.

Haniza (kanan) ketika merasmikan Majlis Penyerahan Kunci Rumah Selangorku dan penyerahan Surat Tawaran kepada penyewa Skim Smart Sewa di Pangsapuri Seri Utama di Taman Puchong Utama di sini hari ini.
Haniza (kanan) ketika merasmikan Majlis Penyerahan Kunci Rumah Selangorku dan penyerahan Surat Tawaran kepada penyewa Skim Smart Sewa di Pangsapuri Seri Utama di Taman Puchong Utama di sini hari ini.

Mengulas lanjut katanya, kerajaan negeri juga merangka beberapa dasar bertujuan memperbanyakkan penyediaan RMM yang lebih berkualiti, selesa dan dilengkapi kemudahan mencukupi serta dijual pada harga mampu milik antara RM42,000 sehingga RM250,000 seunit.

Artikel Berkaitan:

Katanya, Dasar Perumahan Mampu Milik Negeri Selangor kini dikenali sebagai Dasar Rumah Selangorku 2.0 bermula April 2018 turut menumpukan penambahbaikan dari aspek pemilikan, perancangan dan pelaksanaannya supaya memberi manfaat kepada pemaju, pelaksana dasar dan pemilik rumah.

Jelasnya, pada masa sama kerajaan negeri telah menetapkan syarat dan kawalan pembangunan Rumah Selangorku dan setiap pemaju perlu dimajukan fasa awalan atau serentak bagi memastikan penyediaan jenis rumah kos bebas serta kos terkawal di Selangor dapat ditawarkan kepada semua golongan rakyat.

"Sehingga 31 Oktober 2019, sebanyak 196,061 permohonan Rumah Selangorku berdaftar dengan LPHS (Lembaga Perumahan dan Hartanah Selamngor).

"Ini merupakan salah satu pengukur dalam memenuhi keperluan penyediaan Rumah Mampu Milik terutamanya di kawasan perbandaran yang mempunyai permintaan tinggi," katanya.

Haniza (dua dari kiri) ketika melawat ruang dalaman Pangsapuri Seri Utama pada Majlis Penyerahan Kunci Rumah Selangorku dan penyerahan Surat Tawaran kepada penyewa Skim Smart Sewa di Pangsapuri Seri Utama di Taman Puchong Utama di sini hari ini.

Dalam pada itu, Pangsapuri Seri Utama, Taman Puchong Utama dipilih sebagai pembangunan Rumah SelangorKu pertama di negara ini yang dilengkapi dengan panel solar dan mendapat Pensijilan Indeks Bangunan Hijau (GBI).

Menurutnya, projek perumahan mampu milik dibangunkan Hillcrest Gardens Sdn Bhd itu sebagai insentif kepada pemaju dalam menggalakkan penggunaan tenaga solar bercirikan lestari dan mesra alam.

“Panel solar di setiap blok bangunan ini berorientasikan arah utara-selatan untuk meminimumkan haba daripada matahari timur ke barat.

“Selain itu, ia mempunyai aliran pengudaraan dalaman semula jadi yang baik dan boleh mengurangkan penggunaan pendingin hawa, bahagian luar dan dalam bangunan juga kelihatan lebih kemas serta tersusun,” katanya.