AWAN terima empat usul untuk dibahas

Anfaal Saari (tengah) pada Konvensyen Awan Nasional kali ke-4 di Bangi hari ini.
Anfaal Saari (tengah) pada Konvensyen Awan Nasional kali ke-4 di Bangi hari ini.
A
A
A

BANGI - Jawatankuasa Usul Angkatan Wanita Amanah Nasional (AWAN) memutuskan empat usul diterima untuk dibahas manakala satu usul lagi diterima tanpa bahas pada Konvensyen AWAN Nasional kali ke-4 di sini hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Usul AWAN, Anfaal Saari berkata, usul memperkasakan institusi Mahkamah Syariah yang dibangkitkan AWAN Perlis diterima tanpa bahas.

Beliau berkata, tiga lagi usul diterima untuk dibahas ialah dua daripada AWAN Johor manakala Awan Wilayah Persekutuan dan Jawatankuasa AWAN Nasional masing-masing dengan satu usul.

"AWAN Johor membangkitkan usul pertama iaitu menggesa kerajaan membendung penyebaran politik kebencian agama dan kaum.

"Usul kedua daripada AWAN Johor pula ialah kerajaan wajar mengkaji semula situasi kemiskinan di Malaysia," katanya di Bangi Convention Centre di sini hari ini.

Anfaal berkata, turut diterima untuk dibahas ialah usul pemansuhan ujrah berganda pinjaman PTPTN oleh AWAN Wilayah Persekutuan serta memposisi AWAN dalam kepimpinan organisasi parti dan kerajaan daripada Jawatankuasa AWAN Nasional.

Konvensyen AWAN Nasional yang bersambung semalam dengan mesyuarat pemilihan menyaksikan seramai 45 calon merebut 27 jawatan dalam Ahli Jawatankuasa (AJK) Pimpinan AWAN bagi sesi 2019 hingga 2022.

Sementara itu, Dr Siti Mariah Mahmud mengesahkan tidak mempertahankan jawatan sebagai Ketua AWAN Nasional disandang sejak penubuhan Amanah bagi memberi laluan kepada pemimpin baharu.

Artikel Berkaitan: