MACCOPS catat dagangan RM293.46 juta

Muhammad Razman dan Abdul Fattah menyaksikan pertukaran MoU antara ASEAN Cooperative Organization (ACO) serta Huda Capital dari Arab Saudi bagi pelaburan umrah dan ziarah.
Muhammad Razman dan Abdul Fattah menyaksikan pertukaran MoU antara ASEAN Cooperative Organization (ACO) serta Huda Capital dari Arab Saudi bagi pelaburan umrah dan ziarah.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Kementerian Pembangunan Usahawan komited melaksanakan pelbagai inisiatif bagi meningkatkan sumbangan koperasi kepada kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).

Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Kementerian Pembangunan Usahawan, Muhammad Razman Abu Samah berkata, terdapat hampir 15,000 koperasi dengan keahlian seramai 6.1 juta orang yang mewakili kira-kira 20 peratus penduduk di Malaysia.

Menurutnya, kementerian sebagai pemudah cara kepada penglibatan koperasi dan usahawan melalui program pembangunan kapasiti, selain pembiayaan serta akses pemasaran.

“Inisiatif ini juga bertujuan membantu golongan B40 meningkatkan pendapatan dalam menangani kos sara hidup.

“Ia selaras dengan Dasar Kemakmuran Bersama yang diumumkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang bertujuan mengurangkan jurang pendapatan antara golongan kaya, bandar dan luar bandar serta negeri.

“Saya berharap agar koperasi menceburi industri baharu yang berinovasi dan berimpak tinggi dalam ekonomi,” katanya ketika merasmikan penutupan Karnival Produk dan Perkhidmatan Koperasi Malaysia (MACCOPS) 2019 Edisi Ke-4 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor di sini semalam.

Hadir sama, Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Datuk Abdul Fattah Abdullah; Naib-naib Presiden Angkasa, Dr Mohd Azlan Yahya, Datuk Che Mohd Shukree Che Isa dan Prof Madya Datuk Dr Abdul Rahman Abdul Razak Shaik.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Johor, Ibrahim Husin; Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Angkasa Negeri Johor, Sazali Abd Hamid dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Angkasa, Nasir Khan Yahaya.

Artikel Berkaitan:

MACCOPS meraikan barisan syarikat penaja karnival yang menerima cenderahati disampaikan Muhammad Razman pada majlis perasmian penutup di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor semalam.
MACCOPS meraikan barisan syarikat penaja karnival yang menerima cenderahati disampaikan Muhammad Razman pada majlis perasmian penutup di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor semalam.

Sementara itu, Abdul Fattah yang juga Presiden Pertubuhan Koperasi seASEAN berkata, MACCOPS edisi keempat disifatkan paling berjaya apabila mencatat nilai dagangan ke hadapan berjumlah RM293.46 juta dalam tempoh tiga hari karnival berlangsung.

Menurutnya, potensi perdagangan dan pelaburan itu diraih menerusi 13 memorandum persefahaman (MoU) dan sebanyak 91 sesi pemadanan perniagaan serta transaksi perniagaan (B2B) melibatkan 45 koperasi serta 11 syarikat termasuk enam syarikat antarabangsa.

Syarikat antarabangsa tersebut ialah Mediterranee Technique dari Morocco, Purity International Sdn Bhd (Kemboja), Asean Mall (Thailand), Koperasi Samakaya DTB (Brunei), Hoa Mart Ptd Ltd (Singapura) dan Maznah Premium KFT (Hungary).

“Lebih 163 barang keperluan asas yang ditawarkan kepada pengunjung menerusi Bazar Jualan Harga Patut Koperasi barangan runcit dengan pengurangan harga sehingga 15 peratus lebih rendah daripada harga pasaran.

“Jumlah jualan tunai bagi ketiga-tiga hari tersebut melebihi RM500,000 dengan kehadiran lebih 30,000 pengunjung,” katanya.

Pelbagai jenis barangan dijual pada harga lebih murah di bawah Program Bekalan Barang Asas BA100 untuk pengunjung MACCOPS 2019 Edisi Ke-4 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor semalam.
Pelbagai jenis barangan dijual pada harga lebih murah di bawah Program Bekalan Barang Asas BA100 untuk pengunjung MACCOPS 2019 Edisi Ke-4 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor semalam.

Abdul Fattah berkata, pemadanan perniagaan turut dimeterai syarikat tempatan dengan syarikat perniagaan dari negara bukan peserta karnival seperti Arab Saudi dan Morocco.

Menurutnya, MoU itu melibatkan beberapa sektor perniagaan termasuk pemborongan dan peruncitan, pelancongan, kesihatan dan hartanah.

Produk minuman yang dipamerkan koperasi dari Filipina pada MACCOPS 2019 Edisi Ke-4 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor semalam.
Produk minuman yang dipamerkan koperasi dari Filipina pada MACCOPS 2019 Edisi Ke-4 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor semalam.