Empat jalan di Pasir Puteh ditutup kepada semua kenderaan

Seorang penunggang motosikal melihat papan tanda amaran jalan dinaiki air.
Seorang penunggang motosikal melihat papan tanda amaran jalan dinaiki air.
A
A
A

PASIR PUTEH - Empat jalan utama yang menjadi 'nadi' penghubung kepada penduduk di daerah ini terpaksa ditutup selepas ditenggelami banjir akibat hujan lebat sejak semalam.

Empat jalan itu ialah Pasir Puteh-Jerteh (Terengganu) di Gaal, Chengal Pulas-Pasir Puteh-Machang dan Semerak-Besut.

Selain itu, jalan utama Pasir Puteh-Kota Bharu melalui Bukit Abal berhampiran Panggung Tiga Daerah turut ditenggelami banjir.

Empat jalan utama di Pasir Puteh terpaksa ditutup selepas ditenggelami banjir ekoran hujan lebat sejak semalam.
Empat jalan utama di Pasir Puteh terpaksa ditutup selepas ditenggelami banjir ekoran hujan lebat sejak semalam.

Kesemua laluan itu ditutup kepada semua kenderaan.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Penolong Penguasa Bomba Azhar Elmi Mustoffa berkata, peningkatan paras air berlaku akibat hujan lebat dan orang ramai diminta peka kepada hebahan pihak berkuasa.

Artikel Berkaitan: