Lebih RM323,000 untuk usahawan kecil Pahang

Abu Hassan (lima dari kiri) dan Raja Sarimah (empat dari kiri) bergambar bersama usahawan kecil Pahang.
Abu Hassan (lima dari kiri) dan Raja Sarimah (empat dari kiri) bergambar bersama usahawan kecil Pahang.
A
A
A

KUANTAN - Sejumlah RM323,920 diperuntukkan kepada 10 usahawan kecil negeri ini bagi memberi lebih galakan untuk membina dan memperluaskan perusahaan secara proaktif.

Pengarah Mara Pahang, Raja Sarimah Raja Jamaludin berkata, jumlah tersebut diperuntukkan menerusi beberapa kategori iaitu Skim Pembiayaan Belia, Skim Pembiayaan Mudah Jaya, Skim Pembiayaan Perniagaan DanaNITA, Program Pembangunan Usahawan Teknologi Lanjutan dan Program Peningkatan dan Pembangunan Standard Perniagaan.

"Tahniah juga di atas penganjuran ekspo sebegini yang dapat membantu mengubah medium perniagaan konvensional kepada platform digital seiring saranan kerajaan untuk menuju Revolusi Industri 4.0.

"Ramai usahawan kecil yang berjaya sekarang memanfaatkan platform digital dalam perniagaan mereka dan diharapkan usahawan Pahang juga mempelajari dan memanfaatkan medium tersebut," katanya sempena Digital Entrepreneur Expo di Arked Mara Jalan Gambut di sini hari ini.

Hadir sama, Presiden Dewan Perniagaan Usahawan Kecil Malaysia, Datuk Seri Abu Hassan Mohd Nor dan Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Pahang, Noh Nik Wan.

Pengasas tudung, Suzana Mohd Said berkata, penyertaannya dalam ekspo tersebut sebagai salah satu strategi pemasaran bagi memperkenalkan imej dan jenama tudungnya melalui jualan dalam talian sejak setahun lalu.

Artikel Berkaitan: