Patriot perlu tumpu isu abu mayat Chin Peng, kata Noh

Noh memuat naik status di Facebook beliau hari ini. - Foto Facebook Noh Omar
Noh memuat naik status di Facebook beliau hari ini. - Foto Facebook Noh Omar
A
A
A

TANJONG KARANG - Persatuan Patriot Nasional (Patriot) seharusnya memberi tumpuan kepada isu membawa masuk abu mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng berbanding isu di Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar berkata, Patriot dilihat lebih bersemangat menyuarakan pandangan dan menggesa beliau memohon maaf mengenai pertikaman lidah beliau dengan seorang ahli Parlimen.

"Untuk apa saya minta maaf? Orang buat baik kita pun baik tapi kalau orang kurang ajar sepatutnya kita kena lebih kurang ajar.

"Sabar, lembut dan bertolak ansur ada hadnya tapi kalau orang dah melampau maka kita perlu juga kurang ajar sesekali," katanya yang memuat naik status di Facebook beliau hari ini.

Sebelum ini, Noh dan Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer bertikam lidah dan masing-masing mengeluarkan kata-kata kesat di Dewan Rakyat.

Patriot yang dilapor sebuah portal berita meminta Noh memohon maaf kepada semua wanita dan golongan muda kerana mengeluarkan kata-kata kesat di Parlimen dua minggu lalu.

Presiden Persatuan Patriot Nasional (Patriot), Brigadier Jeneral (Bersara), Datuk Mohamed Arshad Raji berkata, walaupun speaker mengecam Noh kerana mengeluarkan kata-kata kesat namun ia masih tidak mencukupi.

Artikel Berkaitan: