Pemuda BN akan adakan jelajah isu sensitif semua kaum

Asyraf Wajdi - Foto Sinar Harian SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Asyraf Wajdi - Foto Sinar Harian SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pemuda Barisan Nasional (BN) akan memulakan siri jelajah ke seluruh negara bagi membincangkan isu-isu sensitif melibatkan semua kaum tidak lama lagi, kata pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Berucap pada Perhimpunan Agung Pemuda MCA ke-55 di sini hari ini, beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO berkata, program yang dinamakan 'Dialog Harmoni' itu perlu diadakan secara terbuka bagi merapatkan jurang perbezaan antara kaum, seterusnya meningkatkan persefahaman antara satu sama lain.

"Setiap kaum ada kekuatan masing-masing, ada perkara sensitif dan nilai berbeza perlu difahami bersama, ada yang tidak boleh dipaksa, (jadi) kita kena faham kepentingan nilai, agama dan hormat antara satu sama lain," katanya.

Terdahulu, Ketua Pemuda MCA, Nicole Wong Siaw Ting dalam ucapan perasmiannya mencadangkan agar BN menubuhkan Persidangan Meja Bulat Pemuda BN bagi mengukuhkan komunikasi antara parti-parti komponen.

Perhimpunan itu meluluskan 12 resolusi yang merangkumi lima aspek meliputi hal ehwal pemuda, politik, kerajaan, ekonomi dan pendidikan. - Bernama

Artikel Berkaitan: