Lelaki maut dilanggar lari

Penunggang motosikal maut dalam kejadian langgar lari di Kuala Kangsar semalam.
Penunggang motosikal maut dalam kejadian langgar lari di Kuala Kangsar semalam.
A
A
A

KUALA KANGSAR - Seorang penunggang motosikal maut dipercayai dilanggar lari di Kilometer 52.5, Jalan Ipoh - Taiping berhampiran Taman Lavender di sini semalam.

Mangsa, Hamizan Abdul Shukor, 58, dari Kampung Talang Hilir di sini, meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala dalam kejadian jam 8.45 malam.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Razali Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha LC di belakang sebuah kereta jenis Inokom yang dipandu lelaki warga Indonesia berusia 23 tahun.

"Kedua-kedua kenderaan berada di lorong kiri dalam perjalanan ke arah Taiping. Sampai di lokasi kejadian, motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terlanggar belakang kereta tersebut.

"Pelanggaran itu mengakibatkan mangsa terjatuh ke lorong kanan sebelum dilanggar sebuah kenderaan yang tidak dikenal pasti setelah gagal mengelak," katanya.

Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Kenderaan yang melanggarnya tidak berhenti sebaliknya terus melarikan diri meninggalkan lokasi kejadian.

"Siasatan dijalankan bagi mengesan kenderaan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel Berkaitan: