Ribuan umat Islam tunai solat subuh di Masjid Ibrahimi

Ribuan umat Islam Palestin menunaikan solat subuh di Masjid Ibrahimi. - Foto Agensi
Ribuan umat Islam Palestin menunaikan solat subuh di Masjid Ibrahimi. - Foto Agensi
A
A
A

RAMALLAH - Ribuan umat Islam Palestin mengingkari arahan Israel apabila menunaikan solat subuh berjemaah di Masjid Ibrahimi awal hari ini.

Rejim Zionis sebelum ini secara kerap menyekat umat Islam Palestin di Tebing Barat daripada menunaikan solat di masjid berkenaan.

Dalam insiden terbaru Sabtu lalu, Israel melarang laungan azan dan menutup akses ke masjid bersejarah itu.

Sebaliknya, pihak rejim membenarkan ribuan pendatang Yahudi memasuki masjid berkenaan bagi meraikan perayaan Sigd.

Kehadiran mereka turut diiringi tentera Israel.

Pihak rejim sering menutup masjid bersejarah itu sejak peristiwa hitam pendatang Yahudi membunuh penduduk Palestin semasa solat subuh pada tahun 1994.

Masjid Ibrahimi dipercayai menempatkan makam Nabi Ibrahim terletak di tengah al-Khalil dan bandar ini kini dipenuhi dengan kira-kira 500 penempatan penduduk Yahudi.

Ia menjadi kawasan suci bagi umat Islam dan Yahudi. - Agensi

Artikel Berkaitan: