143 mangsa banjir di pantai timur dipindahkan

No Image Caption
A
A
A

KOTA BHARU – Banjir gelombang pertama di pantai timur kini bermula apabila lebih 143 orang mangsa dari Kuala Krai dan Tanah Merah kini mula dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) berdekatan sejak awal pagi tadi.

Sehingga jam 7 malam, melalui maklumat yang dikongsikan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Sekolah Kebangsaan (SK) Chenulang dan Pusat Asuhan Kuala Pertang dibuka untuk 125 mangsa banjir di Kuala Krai.

SK Kelewek di Tanah Merah pula dibuka petang tadi melibatkan perpindahan 18 mangsa dari empat keluarga yang tinggal di kawasan Taman Perumahan Lubuk Agor di sini.

Sementara itu, aras sungai-sungai utama di negeri ini juga semakin menaik walaupun ada beberapa kawasan di daerah ini hanya mengalami hujan dalam kadar sederhana.

Melalui maklumat disalurkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), sehingga jam 7 malam, Sungai Golok di Rantau Panjang mencatatkan bacaan 8.12 iaitu melebihi paras amaran (8.00) dan Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah pula mencatatkan bacaan berjaga-jaga iaitu 22.14 (berjaga-jaga 21.50).

Sungai Lebir di Tualang pula mencatatkan bacaan 28.25 melebihi paras jaga-jaga iaitu 27.00. Sungai-sungai utama yang lain masih berada di paras terkawal.

Artikel Berkaitan: