Nyatakan pendirian bukan tangguh

Dr Samsuri menurunkan tandatangan pada kain rentang disediakan sempena majlis penyamoaian hadiah, malam tadi. (Gambar kecil: Mohd Aswadi Mohamad.)
Dr Samsuri menurunkan tandatangan pada kain rentang disediakan sempena majlis penyamoaian hadiah, malam tadi. (Gambar kecil: Mohd Aswadi Mohamad.)
A
A
A
MARANG - Pemuda Pas Rhu Rendang menolak sepenuhnya komitmen kerajaan untuk meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Ketuanya, Mohd Aswadi Mohamad turut mendesak agar kerajaan menyatakan pendirian mereka dan bukannya hanya bersedia untuk menangguhkan proses berkenaan mengikut saranan umum.

"Tangguh bermakna kerajaan akan ada peluang untuk meluluskan semula. Jadi kami mohon tolak (ICERD)," katanya selepas perlawanan akhir Kejohanan Bola Sepak Piala Adun Rhu Rendang di sini, malam tadi.

Mohd Aswadi berkata, pihaknya turut mengumpulkan tandatangan membantah ICERD sebelum dan selepas perlawanan akhir kejohanan itu dan berjaya mengumpul sebanyak 500 tandatangan.

Menurutnya, Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga merupakan Adun Rhu Rendang yang hadir bagi menyampaikan hadiah kepada pemenang turut menurunkan tandatangan.
Artikel Berkaitan:


"Banner yang ditandatangani Menteri Besar dan orang ramai yang hadir pada perlawanan ini akan dibawa ke Himpunan Aman oleh Pemuda Pas Dun Rhu Rendang menjelang Disember nanti," katanya.