Kejayaan berganda skuad ragbi Terengganu harumkan nama negeri

Ahmad Samsuri (tiga dari kanan) bersama Amir Amri (empat dari kiri) memegang trofi Piala Agong selepas Terengganu muncul juara kejohanan itu setelah menumpaskan Sabah 26-24 pada aksi final.
Ahmad Samsuri (tiga dari kanan) bersama Amir Amri (empat dari kiri) memegang trofi Piala Agong selepas Terengganu muncul juara kejohanan itu setelah menumpaskan Sabah 26-24 pada aksi final.
A
A
A

KEJAYAAN skuad ragbi Terengganu pada dua kejohanan berprestij di peringkat kebangsaan baru-baru ini adalah detik yang amat bersejarah dan membanggakan bagi seluruh rakyat di negeri ini.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kejuaraan skuad Terengganu dalam Kejohanan Ragbi Piala Agong 2019 dan Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan 2019 memperkukuhkan Terengganu selaku kuasa besar sukan itu di peringkat kebangsaan.

“Malah kejayaan ini juga mampu untuk mengorak langkah bagi mencipta kejayaan di peringkat antarabangsa seperti sukan-sukan lain,” katanya pada Majlis Penyerahan Piala Kejohanan Ragbi Piala Agong 2019 dan Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan 2019 di Wisma Darul Iman, di sini hari ini.

Dalam pada itu ketika ditanya mengenai sebarang pemberian insentif kepada pasukan tersebut, Ahmad Samsuri berkata pihaknya akan memikirkan apa yang boleh kerajaan negeri lakukan, bagi membantu skuad itu.

Pada Kejohanan Ragbi Piala Agong 2019 yang berlangsung baru-baru ini, Terengganu menamatkan penantian selama 37 tahun sejak kejohanan dianjurkan, dengan muncul juara menewaskan penyandang juara Sabah 26-24 pada aksi final di Stadium Universiti Putra Malaysia (UPM), di Serdang Selangor.

Pada Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan 2019 pula Terengganu muncul juara selepas menewaskan Kelantan 24-5 di Padang Ipoh, Perak.

Pada majlis tersebut, Ahmad Samsuri menerima piala Kejohanan Ragbi Piala Agong 2019 daripada Yang Dipertua Persatuan Ragbi Negeri Terengganu Amir Amri Mohammad, manakala piala Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Kebangsaan 2019, diserahkan Timbalan Yang Dipertua Persatuan Ragbi Negeri Terengganu Che Mohd Zulkarnain Abdul Wahab.

Artikel Berkaitan: