Malaysia, China tangani jenayah siber

Muhyiddin (dua dari kanan) bersama rakan-rakan sejawatannya ketika menghadiri majlis perasmian MMTC Ke-13 dan mesyuarat berkaitan hari ini. - Foto Bernama
Muhyiddin (dua dari kanan) bersama rakan-rakan sejawatannya ketika menghadiri majlis perasmian MMTC Ke-13 dan mesyuarat berkaitan hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

BANGKOK - Malaysia dan China mahu mempertingkatkan kerjasama menangani jenayah siber rentas sempadan yang semakin membimbangkan.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerjasama dua hala itu membendung jenayah bukan tradisional penting untuk mengurangkan kerugian.

“Kita minta Malaysia dan China bekerjasama mengekang jenayah siber yang memerlukan inisiatif dan langkah-langkah tertentu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas pertemuan dua hala bersama Timbalan Menteri Keselamatan Awam China, Wang Xiaohong di luar sesi Mesyuarat Menteri-menteri ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan ke-13 (AMMTC) di Bangkok semalam.

Antara isu yang dibangkitkan termasuk kerjasama dua hala terutama menangani penipuan dalam talian, judi haram dan scam.

Muhyiddin juga berkata, AMTCC ialah satu platform penting menangani jenayah tradisional dan bukan tradisional secara positif dan berkesan.

“Tiada sebuah negara dapat menyelesaikan jenayah secara bersendirian kerana ia tidak hanya berlaku di dalam negara malah di peringkat antarabangsa.

“Asean dan tiga rakan dialog iaitu China, Jepun dan Korea Selatan akan mempergiatkan kerjasama untuk menangani jenayah rentas sempadan. Kita memerlukan kerjasama rapat,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: