Orang utan Sumatera ditembak 24 peluru senapang angin

Orang utan yang ditembak sebanyak 24 butir peluru senapang patah oleh pemburu haram.
Orang utan yang ditembak sebanyak 24 butir peluru senapang patah oleh pemburu haram.
A
A
A

ACEH - Seekor orang utan Sumetera ditemui dengan kesan 24 tembakan senapang angin di badannya, kini dilaporkan stabil selepas pasukan veterinar berjaya mengeluarkan tiga butir peluru dari kepalanya.

Akibat tembakan oleh pemburu haram, mamalia terancam dikenali sebagai Paguh itu tidak lagi dapat melihat.

Haiwan berusia 25 tahun itu ditemui oleh pasukan Badan Pengelolaan Sumber Asli (BKSDA) di Gampong Teungoh, Kabupaten Aceh Selatan, Aceh, minggu lalu.

Paguh kemudian dirawat di Pusat Rehabilitasi Orang Utan Batu Mbelin Sibolangit yang digerakkan oleh Yayasan Ekosistem Lestari dan Yayasan PanEco, Program Pemuliharaan Orang Utan Sumatran (YEL-SOCP) di Kabupaten Deli Serdang, Sumatera Utara.

Menurut Pegawai Komunikasi YEL-SOCP, Castri Delfi Saragih, pasukan veterinar telah cuba mengeluarkan semua dari tubuh Paguh tetapi tidak mampu melakukannya.

"Paguh kini berada dalam keadaan stabil setelah pasukan veterinar mengeluarkan tiga butir peluru dari kepalanya," katanya kepada The Jakarta Post semalam.

Sinar x menunjukkan terdapat 16 butir peluru di kepala Paguh, empat di tangan dan kakinya, tiga di pinggul dan satu di perutnya.
Sinar x menunjukkan terdapat 16 butir peluru di kepala Paguh, empat di tangan dan kakinya, tiga di pinggul dan satu di perutnya.

Castri berkata, berdasarkan pengalaman, doktor haiwan mungkin tidak dapat mengeluarkan semua peluru dari tubuh Paguh.

Artikel Berkaitan:

Salah seorang veterinar YEL-SOCP yang merawat Paguh, Meuthya Sr berkat, sinar X menunjukkan terdapat 16 butir peluru di kepala Paguh, empat di tangan dan kakinya, tiga di pinggul dan satu di perutnya.

Katanya, pasukan itu tidak dapat mengeluarkan kesemua peluru kerana ia akan memburukkan lagi keadaan Paguh, selepas haiwan itu buta kedua-dua matanya.

"Pada mulanya kami berharap bahawa mata Paguh tidak rosak sepenuhnya atau sekurang-kurangnya satu mata masih berfungsi tetapi malangnya, kami dapati kedua-dua mata Paguh buta," katanya. -Agensi