Sultan Selangor sampaikan watikah kepada Ahli Dewan Diraja Selangor

Sultan Selangor - Foto fail Bernama
Sultan Selangor - Foto fail Bernama
A
A
A

KLANG - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan menyampaikan watikah pelantikan kepada 18 Ahli Dewan Diraja Selangor dalam satu majlis di Istana Alam Shah, di sini.

Pelantikan mereka berkuat kuasa 1 Disember ini sehingga 30 November 2022.

Terdahulu, kesemua mereka mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Diraja Selangor dengan disaksikan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah dan Menteri Besar, Amirudin Shari.

Antara mereka yang menerima watikah pelantikan itu termasuk dua ahli baharu yang pertama kali dilantik sebagai Ahli Dewan Diraja Selangor iaitu Prof Adjung Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan Tengku Penggawa Muda Paduka Maha Bijaya Kuala Langat, Tengku Datuk Mohamed Tengku Harun.

Selain itu, Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid dan bekas Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa yang merupakan Ahli Dewan Diraja Selangor sedia ada, turut dilantik bagi tempoh tersebut. - Bernama

Artikel Berkaitan: