Agong berkenan terima darjah kerabat Perak

Al-Sultan Abdullah hari ini berkenan menerima Darjah Kerabat Diraja Yang Amat Dihormati Perak (DK) daripada Sultan Nazrin. - Foto Bernama
Al-Sultan Abdullah hari ini berkenan menerima Darjah Kerabat Diraja Yang Amat Dihormati Perak (DK) daripada Sultan Nazrin. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menerima Darjah Kerabat Diraja Yang Amat Dihormati Perak (DK).

Darjah kebesaran itu dipersembahkan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah pada satu istiadat di Dewan Seri Maharaja, Istana Negara.

Pada istiadat yang sama, Al-Sultan Abdullah turut berkenan mempersembahkan Darjah Kerabat Sri Indera Mahkota Pahang Yang Amat Dihormati (DK) kepada Sultan Nazrin.

Turut berangkat pada istiadat itu ialah Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Istiadat turut disaksikan Tengku Arif Temenggong Pahang, Tengku Fahd Mua’adzam Sultan Ahmad Shah dan Tengku Panglima Raja Pahang, Tengku Amir Nasser.

Turut hadir Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. - Bernama

Artikel Berkaitan: