Pesara tentera rugi lebih RM8,000 diperdaya 'bomoh online'

Mohd Wazir
Mohd Wazir
A
A
A

KUANTAN - Seorang pesara tentera mengalami kerugian lebih RM8,000 selepas menjadi mangsa penipuan tukang tilik melalui laman sosial Facebook.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa berusia 44 tahun melayari laman sosial itu Julai lalu dan berminat menggunakan khidmat tilik nasib sebelum berurusan dengan seorang lelaki menggunakan nama Dato Gong F yang mendakwa dirinya bomoh dan mampu menilik nasib.

Menurutnya, bomoh terbabit menawarkan khidmat upacara sembahyang untuk mangsa sebelum meminta sejumlah bayaran sebagai kos upacara tersebut.

"Mangsa membuat bayaran awal RM100 melalui satu akaun diberikan, namun jumlah itu tidak mencukupi dan perlu membuat bayaran tambahan secara berperingkat sehingga mencecah RM8,930," katanya.

Mohd Wazir berkata, selepas bayaran dibuat, mangsa menghubungi bomoh berkenaan, namun gagal dihubungi.

"Mangsa syak telah ditipu tampil membuat laporan polis semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan: